PUCHONG: Dua mayat dalam insiden letupan gas di sebuah kilang di Taman Perindustrian Puchong Utama, dekat sini, ditemukan dalam keadaan tidak sempurna.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, keadaan kedua-dua mangsa agak teruk dan tidak sempurna ketika ditemui semasa proses siasatan dilakukan.
Beliau berkata, ekoran keadaan mayat yang agak teruk, ia menyebabkan petugas JBPM dan anggota forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil masa untuk menguruskannya.
"Kita jangkakan akan mengambil satu hingga dua jam lagi untuk selesaikan siasatan di lokasi dan proses mengeluarkan mayat.
"Keadaan mayat yang tidak sempurna menyebabkan pasukan petugas mengambil masa untuk melakukan siasatan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Jumaat.
Kata beliau, keadaan dan situasi semasa di lokasi kejadian dan premis terlibat adalah selamat.
Namun begitu menurutnya, pemantauan berterusan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan terjamin.
Tambah Mukhlis, dua mangsa yang selamat dan mengalami kecederaan telah diberikan bantuan pernafasan serta rawatan awal.
"Pihak forensik (bomba) masih menyiasat punca letupan.
"Pemeriksaan membabitkan tong gas yang berada di premis, namun didapati tiada berlaku kebocoran.
"Pemilik premis yang tercedera juga sudah mendapatkan rawatan, identiti kedua-dua mangsa yang meninggal dunia masih belum dikenal pasti," ujarnya.
Tegas Mukhlis, siasatan mendalam turut dijalankan sekiranya terdapat pelanggaran standard operasi prosedur (SOP) atau perlanggaran spesifikasi keselamatan lain. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 23 2024
Insiden letupan gas di sebuah kilang di Taman Perindustrian Puchong Utama. -Foto Sinar Harian
Jangan bimbang dengan peraturan baharu - China
China yang mempunyai pertikaian kedaulatan maritim dengan Filipina dan negara lain yang menuntut wilayah, telah mengeluarkan peraturan baru yang berkuat kuasa pada 15 Jun.
Harimau Malaya 'tempang' harungi aksi kelayakan Piala Dunia/Piala Asia
Skuad kebangsaan bakal mengharungi baki dua perlawanan terakhir kumpulan bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 tanpa lima tonggak utama yang terpaksa diketepikan pada saat-saat akhir.
Pesawat SIA alami penurunan ketinggian mendadak
Kementerian itu menambah, pada pukul 7.49 pagi waktu tempatan, 21 Mei, pesawat itu sedang melepasi selatan Myanmar pada ketinggian 37,000 kaki dan kemungkinan terbang di kawasan yang sedang berlaku aktiviti perolakan.
Korea Utara hantar lebih 200 belon sampah ke Korea Selatan
Tentera Korea Selatan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyentuh belon putih dan beg plastik yang melekat padanya kerana ia mengandungi sisa kotor dan sampah.
28 maut, lebih 20 cedera bas jatuh gaung di barat daya Pakistan
Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan lebih 20 orang cedera dalam kemalangan bas di daerah Washuk, wilayah Balochistan, barat daya Pakistan.
Tun M persoal kenapa penuntut di Malaysia tak suara bantahan
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu melahirkan rasa kagum melihat mahasiswa dan mahasiswi universiti di Amerika dan Eropah berdemonstrasi menyokong Palestin dan mengutuk Israel.
IFRC tuntut penyelesaian politik, gencatan senjata
Kate Forbes menegaskan, peperangan yang hampir memasuki lapan bulan perlu dihentikan bagi membolehkan penyaluran bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Jemaah kirim kurma, jubah hingga 40kg melalui Pos Laju di tanah suci
Lembaga Tabungn Haji (TH) memudahkan urusan jemaah haji Malaysia untuk mengirimkan brangan seperti kurma, jubah, sejadah dan cenderahati dari Tanah Suci melalui khidmat ditawarkan Pos Malaysia Bhd melalui perkhidmatan kuriernya, Pos Laju di Mekah dan Madinah.
Kerajaan Perpaduan belum mesyuarat pilih calon
Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan setakat ini belum mengadakan mesyuarat berhubung pemilihan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
DBKL akan sediakan empat kontraktor di setiap kawasan Parlimen
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menydiakan empat kontraktor bagi setiap kawasan Parlimen untuk kerja-kerja penyelenggaraan pokok di ibu negara.
Letupan gas Puchong: Dua mayat ditemukan tidak sempurna
Letupan gas: Dua mayat ditemui tidak sempurna